
Draf RUU
Matlamat
Menjadi satu perbadanan yang akan memastikan pelaksanaan perancangan dan pemajuan pembangunan wilayah SGKV diselaraskan dan dimudah cara berasaskan hala tuju pembangunan strategik serta panduan pelaksanaan yang digariskan bagi membentuk satu sinergi ke arah memacu pembangunan Metropolitan Selangor terunggul, termaju, bersepadu, mampan, berdaya saing dan berdaya huni.
Petikan daripada Draf Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Metropolitan Selangor 2025
Matlamat Penubuhan Lembah Klang Raya Selangor (SGKV)
Lima matlamat teras yang mencorakkan arah tuju penubuhan dan tadbir urus wilayah metropolitan SGKV.
Penubuhan & Aspirasi
Penubuhan SGKV dicetuskan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor bagi menangani cabaran pembangunan perbandaran dan mewujudkan persekitaran kehidupan mampan, berdaya huni dan berdaya saing.
Sistem Metropolitan
Mewujudkan satu sistem pentadbiran metropolitan yang melibatkan PBT Bandaraya di Selangor: MBSA, MBPJ, MBSJ dan MBDK.
Rejuvenasi Bandar
Menyelaras program rejuvenasi dan pembaharuan semula bandar bagi kawasan usang, terbiar, tamat tempoh pajakan dan tidak selamat didiami.
Amalan Terbaik
Menyelaras dan menyeragamkan amalan terbaik PBT dan agensi dalam SGKV.
Kerajaan Digital
Menjadi perintis bagi pentadbiran kerajaan digital dengan membangunkan pangkalan data dan sistem maklumat SGKV melibatkan aplikasi Twin Digital.