
Fungsi
Penyelarasan & Tadbir Urus
Menyelaras amalan perancangan pembangunan antara PBT, memudah cara kelulusan serta memperkukuh tadbir urus wilayah PMS.
Dasar & Blueprint SGKV 2035
Menggubal dasar dan merangka Pelan Pembangunan Komprehensif Blueprint SGKV 2035 serta memantau pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan.
Ekonomi & Pembangunan Digital
Merangsang pembangunan ekonomi serta memperkukuh program pembangunan komuniti melalui pemodenan dan pembangunan digital bandar.
Projek Strategik
Menyelaras dan mengurus pelaksanaan projek strategik terutamanya projek Pembaharuan Semula Bandar serta pengurusan tanah dan alam sekitar tanpa pertindihan kuasa.
Data Metropolitan
Membangun pangkalan dan analisis data metropolitan bagi menyokong proses membuat keputusan (decision support system).
Arahan Kerajaan Negeri
Melaksanakan arahan-arahan lain Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pembangunan dan pentadbiran.